Sunday, November 18, 2012

Tentang Dia - 2


Setelah aku berpindah ke sekolah aku semula iaitu SMK St Thomas atau Thomasian High School Boys, aku tidak dapat lagi khabar berita tentangnya. Tidak lama selepas itu, aku menjumpai laman facebook punya lalu saya cuba mengendap ala ala Jebon. Lalu bermula sesi suai kenal di laman facebook. Sekitar bulan 6 atau 7 dia pula mendapat tawaran dari SBP Temerloh lalu menerimanya. Saya tidak boleh menghalangnya kerana saya bukan sesiapa untuknya lagi pula masa depan dia di situ lebih cerah. Setelah berkawan lebih kurang selama 4 bulan, saya beranikan diri untuk menjadikan dia sebagai kekasih hati. Lalu pada tarikh 22/08/2012 pada jam 04:44PM dia dengan resminya menjadi kekasih hati saya. 'Dia' yang saya maksudkan ialah Nur Syamimi Izzati Binti Putera Ahmad Hilmi. Dia merupakan seorang yang sentiasa happy, tak pernah serius dengan saya, friendly dan sebagainya. Dia menjadikan hidup saya lebih ceria walaupun kami hanya berhubung 2 minggu sekali kerana dia terpaksa tinggal di hostel. Tapi itu bukan penghalang untuk kami meneruskan hubungan ini. Pada tanggal 22/11/12 , genaplah hubungan saya dan dia selama 3 bulan.

Tentang Dia - 1 (Perkenalan)

Walaupun pada awal perkenalan hanya untuk dijadikan sahabat, namun apabila sudah terlalu rapat ia akan menimbulkan rasa cinta antara satu sama lain. Deyy macha, ingat aku takleh nak jiwang ke? Haha okay. Back to the topic. Bermula sejak saya masuk ke sekolah ala ala Sekolah Juvana iaitu SM Teknik Kuantan. Ia digelar ala ala Sekolah Juvana kerana peraturannya yang amat ketat dan guru-gurunya 'straight to the rules' serta pelajar lelaki harus botakkan kepala. Sejak berada di situ, saya menjadi tidak tentu arah setelah di goda oleh pelajar perempuan di situ walaupun pada hakikatnya tidak. Ingin saya pendekkan cerita, titik permulaan antara saya dan dia ketika dia hendak turun ke tangga dan saya tertarik dengan keayuan wajahnya serta personaliti yang tersendiri. Setelah sekian lama saya cuba mendapatkan informasi tentangnya, saya rasa agak susah untuk dapatkan dia kerana dia duduk di Temerloh dan juga di hostel. Secara tak langsung pada awal bulan April saya terpaksa berpindah ke sekolah lama atas alasan tertentu. Sejak saya berpindah, saya tidak lagi dapat informasi tentangnya. Bersambung di entry seterusnya..........

Perjalanan Utama

Setelah sekian lama blog nih terkubur, akhirnya blog ini dibangunkan semula setaraf dengan reban ayam yang baru maju. Berhubung kepada seruan Pak Jib bahawa di setiap rumah haruslah mempunyai jalur lebar walaupun beliau kedekut tahi hidung masin nak sponsor. Apa apa pun, itu bukan tajuk utama Buletin Utama TV3. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AARON AZIZ kerana sudi melihat blog saya walaupun masih dalam keadaan serba serbi kurang. Saya juga amat terhutang budi kepada Pengemis Jalanan kerana mengingatkan saya bahawa di dunia ada perkara yang mudah dan ada perkara yang susah. Dengan ini diisytiharkan bahawa blog ini dibuka semula untuk orang ramai dengan dirasmikan oleh YAB Professor Madya Datuk Seri Paduka Diraja Haji Muhammad Faizuan selaku Pengerusi blog Aku,Dia dan Dunia. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.