Sunday, November 18, 2012

Tentang Dia - 1 (Perkenalan)

Walaupun pada awal perkenalan hanya untuk dijadikan sahabat, namun apabila sudah terlalu rapat ia akan menimbulkan rasa cinta antara satu sama lain. Deyy macha, ingat aku takleh nak jiwang ke? Haha okay. Back to the topic. Bermula sejak saya masuk ke sekolah ala ala Sekolah Juvana iaitu SM Teknik Kuantan. Ia digelar ala ala Sekolah Juvana kerana peraturannya yang amat ketat dan guru-gurunya 'straight to the rules' serta pelajar lelaki harus botakkan kepala. Sejak berada di situ, saya menjadi tidak tentu arah setelah di goda oleh pelajar perempuan di situ walaupun pada hakikatnya tidak. Ingin saya pendekkan cerita, titik permulaan antara saya dan dia ketika dia hendak turun ke tangga dan saya tertarik dengan keayuan wajahnya serta personaliti yang tersendiri. Setelah sekian lama saya cuba mendapatkan informasi tentangnya, saya rasa agak susah untuk dapatkan dia kerana dia duduk di Temerloh dan juga di hostel. Secara tak langsung pada awal bulan April saya terpaksa berpindah ke sekolah lama atas alasan tertentu. Sejak saya berpindah, saya tidak lagi dapat informasi tentangnya. Bersambung di entry seterusnya..........

No comments:

Post a Comment