Sunday, November 18, 2012

Perjalanan Utama

Setelah sekian lama blog nih terkubur, akhirnya blog ini dibangunkan semula setaraf dengan reban ayam yang baru maju. Berhubung kepada seruan Pak Jib bahawa di setiap rumah haruslah mempunyai jalur lebar walaupun beliau kedekut tahi hidung masin nak sponsor. Apa apa pun, itu bukan tajuk utama Buletin Utama TV3. Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada AARON AZIZ kerana sudi melihat blog saya walaupun masih dalam keadaan serba serbi kurang. Saya juga amat terhutang budi kepada Pengemis Jalanan kerana mengingatkan saya bahawa di dunia ada perkara yang mudah dan ada perkara yang susah. Dengan ini diisytiharkan bahawa blog ini dibuka semula untuk orang ramai dengan dirasmikan oleh YAB Professor Madya Datuk Seri Paduka Diraja Haji Muhammad Faizuan selaku Pengerusi blog Aku,Dia dan Dunia. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

No comments:

Post a Comment